Pages

Followers

Showing posts with label Hudud. Show all posts
Showing posts with label Hudud. Show all posts

9.10.11

Nota Mudah Memahami Hukum Hudud [Siri 2]

6. Para alim ulama' telah memudahkan kita dengan menggariskan kategori ilmu dan syariat Islam seperti Ibadah, Muamalat, Munakahat dan Jinayat. Hudud adalah sebahagian dari undang - undang Jenayah Islam.(Bahagian yang lain ialah Qisas dan Ta'zir. Insyaallah bahagian Qisas dan Ta'zir akan saya jelaskan di lain kesempatan). Lantaran itu ia adalah sebahagian dari kesempurnaan Islam yang selayaknya dipelajari, difahami, dilaksana dan dihayati. 


7. Inilah keistemewaan Islam sebagai agama yang syumul dan lengkap, merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah soal perundangan. Ianya wajib dilaksana sebagaimana kita wajib menunaikan solat, puasa dan ibadah yang lain. Firman Allah dari surah an Nisa' ayat 105 menjelaskan kewajipan ini .

"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat"


8. Kewajipan melaksanakan hukum Hudud ini adalah berpaksi kepada prinsip perundangan Islam untuk memelihara :
  1. Agama : melalui undang - undang murtad 
  2. Nyawa : melalui undang - undang qisas 
  3. Aqal : melalui undang - undang arak dan minuman yang memabukan 
  4. Keturunan : melalui undang - undang zina 
  5. Harta benda : melalui undang - undang curi dan rompak. 
Nota: semua jenis undang - undang ini akan diperincikan kemudian

9. Hari ini ummat Islam berhadapan dengan peningkatan serius indeks kadar jenayah. Bermula dengan jenayah riddah (murtad), jenayah bunuh, jenayah zina, jenayah rompak samun dan sebagainya. Tiada siapa yang dapat nafikan betapa graf kadar semua jenis jenayah ini semakin meningkat dari masa ke semasa dan ia gagal ditangani oleh undang - undang yang dicipta oleh manusia. Persoalannya, kenapa tidak, kita melaksanakan undang - undang Islam yang diwahyukan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia? sedang pastinya undang- undang Allah swt lebih berkesan untuk menyelesaikan masaalah manusia sebagai makhluk yang diciptaNya.

10. Umat Islam dan pemimpinnya mesti mencari 1000 jalan untuk membolehkan syariat Islam ini didaulatkan di atas negara kita yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Bukan mencari 1000 alasan atau dalih untuk mengelak diri dari melaksanakan perintah Allah swt. Jika British Law boleh dilaksanakan sekian lama dalam negara kita sedang hampir tiada penduduk tetap negara kita berbangsa British, kenapa masih ada sebahagian dari kita yang begitu prejudis terhadap perlaksanaan hukum Islam [hudud] sementara majoriti penduduk negara kita ialah mislim. Hayati Firman Allah swt dari surah at Taubah ayat 63 :

"Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar"
...bersambung



6.10.11

Nota Mudah Memahami Hukum Hudud [Siri 1]


1. Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt. 


Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke 36 :
"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."

2. Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia. Lihat ketetapan Allah swt di dalam surah al Maaidah, ayat 49 :
"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."

3. Hudud adalah ketetapan syara' yang tidak boleh dipinda atau diubahsuai apalagi dibuang atau diketepikan. Tiada siapa yang memiliki authoriti untuk meminda ketetapan Allah swt hatta Rasul saw sekalipun. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah, ayat 229.
"demikianlah batasan hukum Allah swt maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa melanggar sempadan hukum Allah swt maka mereka adalah orang - orang yg zalim"

4. Hudud adalah hukum yang berteraskan kepada prinsip keadilan dan hikmah yang sangat besar buat kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Mencerca, menghina dan memperlekehkan hukum Allah ini seperti mengatakan hukum Hudud tidak adil, kejam, primitif, ketinggalan zaman, tidak sesuai di zaman moden, mencetus huru hara dan sebagainya adalah perbuatan yang boleh menggugurkan iman seseorang justeru ia telah memperkecil dan mendustakan Allah swt. Allah tegaskan akibat perbuatan mereka di dalam surah an Nisa' ayat 56.
"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Insafi juga penegasan Allah swt di dalam surah al A'araf ayat 40 - 41.
"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah."

5. Hudud memberi keadilan dan mengembalikan kehidupan yang sejahtera dan aman. Tidak perlu takut dan cuak kepada hukum Hudud ini kecuali satu golongan sahaja iaitu penjenayah justeru hukum Hudud adalah hukum yang dijatuhkan keatas penjenayah yang telah sabit kes. Non muslim juga tidak perlu takut dan bimbang terhadap hukum Hudud. Mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum Hudud jika mereka tidak mahu berhukum dengan hukuman Hudud bahkan mereka kekal di bawah perlaksanaan hukum sedia ada. Firman Allah swt. di dalam surah al Maaidah ayat 42 :
"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."  
...bersambung


3.10.11

Politik: Najib Mengajar Allah Undang-Undang Sebenar



Apabila seseorang pemimpin jahil, kewajipan diabaikan, keutamaan kepada Pentadbir sekalian alam dipersoalkan. Siapakah kamu wahai manusia mahu mempersoalkan Hukum Allah? Hukum Allah ini milik Allah. Bukan milik parti PAS atau mana-mana individu di dunia ini. Kepada yang masih menyokong kepimpinan jahiliyah ini, ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W. pernah memberi peringatan kepada kita tentang golongan ini. 

Hudud Tidak Akan Dilaksanakan Di Malaysia – Najib
KAMPAR: Kerajaan Persekutuan tidak akan melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata walaupun hukum tersebut adalah undang-undang Tuhan namun pelaksanaannya perlu berasaskan kepada realiti.

Menurutnya, keseimbangan masyarakat yang terdapat di negara ini tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuat kuasakan.

Ditanya sama ada undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Mohd Najib berkata elemen hudud sudah dipraktikkan dalam sistem sedia ada namun ‘bahagian yang keterlaluan ditolak ke tepi’.

“Ini tidak bermakna tiada langsung undang-undang Islam dilaksanakan di Malaysia." mStar




Ka’ab bin Ujrah r.a. meriwayatkan,Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: 
"Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada, beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)." [ Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim]