Persoalan-persoalan seperti ini seringkali timbul baik dari kita sendiri mahupun saudara-saudara kita yang lain. Kita seringkali keliru dengan perkara ini dan mengambil isu ini sebagai remeh sedangkan jika kita fahami betul-betul konsepnya pasti mereka (Syiah) ini golongan yang bida'ah lagi menyesatkan.
Aku pasal bende ni taknak masuk campur. Aku berkecuali keh.
Islam mengajar kita supaya berpendirian. Tidak kira apa pun kita mesti ada pendirian. Sikap berkecuali hanya akan mengelirukan masyarakat khususnya umat Islam. Rasulullah SAW dan orang mukmin pada suatu ketika dahulu pernah bergembira dengan kemenangan Rom. Sokongan ini bukanlah kerana Rom sebuah negara Islam tetapi kerana Rom lebih dekat pegangannya dengan golongan beriman kerana banyaknya ahli kitab berbanding dengan Parsi yang kebanyakannya golongan Musyrik. Sokongan ini tidaklah sampai mereka menggadai akidah mereka.
Alhamdulillah. kita dah ada syiah, wahabi, tareqat, tabligh. tak per la, asalkan asas tauhid kita sama, sedara la kita. yg membezakan kita mazhab je.
Dibawah pecahan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah hanya 4 mazhab diterima iaitu Imam Syafie, Imam Maliki, Imam Hanafi dan Imam Hanbali. Kalau kita katakan perbezaan pendapat 4 mazhab ini tidak mengapalah tetapi jika ia melibatkan perbezaan fahaman, ia bukanlah perbezaan bersifat "khilaf" yang boleh kita bertolak ansur.
Amende "khilaf" tuh? Boleh pulak nak ikut taknak ikut ye..
Khilaf ini adalah perselisihan pendapat yang berlaku di atas sebab tiadanya kenyataan di dalam hadis atau Al-Quran yang menyatakan pengharamannya. Jadi, semua pendapat boleh di terima. Contohnya, Khilaf ulama' tentang batal wudhu' jika pegang isteri. Ceritanya, satu malam Rasulullah SAW bangun untuk solat malam, selesai sahaja Rasulullah SAW ambil wudhu' Rasulullah SAW mencium dahi Saidatina Aisyah RA dan terus bersolat selepas itu. Satu pendapat mengatakan Rasulullah cium di bahagian rambut dan tidak mengenai kulit, satu pendapat lagi mengatakan Rasulullah SAW cium di dahi. Keputusannnya, kita boleh ikut dua-dua. Di dalam hadis dan Al-Quran tidak ada menyatakannya jadi tiada masalah jangan berat-beratkan. Isu selesai.
Amende fahaman tuh? mazhab tu ape plak?
Fahaman itu saya maksudkan sebagai kumpulan besar. Mazhab pula pecahan kecil dari kumpulan besar itu. Ramai yang keliru dan tidak faham sehinggakan fahaman Syiah ini pun diletakkan di bawah Ahlus Sunnah. Ini sama sekali salah. Syiah adalah kumpulan fahaman lain yang di bawahnya ada juga pecahan kecil sama seperti Ahlus Sunnah.
Korang kata Syiah sesatla bidaah la, abis Sunnah tu ade gak org sesat dan wat bidaah?
Syiah sesat kerana memang dasar fahaman Syiah itu sendiri sesat. Ahlus Sunnah pula dasar fahamannya tidak bercanggah dengan hadis dan Al-Quran tetapi sikap individu itu yang fasiq yang tidak mahu mengikut ajaran sebenarnya. Contohnya, ajaran Islam sebenarnya menyuruh kita berpuasa tetapi ada individu yang tidak berpuasa. Itu adalah kerana individu itu sendiri yang fasiq. Di dalam fahaman Syiah pula menyatakan Al-Quran masih tidak lengkap, mereka mengkafirkan Saidina Uthman RA dan Saidina Abu Bakar RA, mencela Saidina Umar RA dan menghina Rasulullah SAW dan Saidatina Aisyah RA. Ini sama sekali bercanggah dengan ajaran Islam yang jelas menyuruh kita memuliakan Rasulullah SAW dan keluarganya serta para sahabat.
Alaa sesama Islam pun korang nak bermusuh. Ni bukan ajaran Islam yang sebenar.
Tidak ada masalah untuk bersatu padu dengan golongan Syiah ini. Tetapi kerana secara terang-terangan mereka menyatakan Al-Quran masih tidak lengkap, mereka mengkafirkan Saidina Uthman RA dan Saidina Abu Bakar RA, mencela Saidina Umar RA dan menghina pula Rasulullah SAW dan Saidatina Aisyah RA ini sama sekali tidak boleh kita bertolak ansur. Kita boleh menyokong mereka menyerang Israel atas dasar kita membenci Israel tetapi tidak sampai untuk kita menggadaikan akidah kita kepada mereka
Tengok Iran, ada nuklear, peluru berpandu jarak jauh dan derang berani cakap nak perang ngan Amerika. Tengok Ahmadinejad, tidur pun tepi kaki lima je, solat tepi jalan raye je, duit rakyat sikit pun tak amik. polis pompuan Iran sume tutup aurat. haa camna?
Jikalau itu hujah anda, maka Presiden Cuba juga berani menentang amerika, adakah kita menerima akidah mereka? Korea Utara ada nuklear untuk menentang Amerika. Adakah kita menerima ideologi komunis? Tidak sama sekali, sokongan kita kepada mereka hanyalah atas dasar kita membenci dasar amerika menindas dan menghina Islam tetapi tidak sampai kita menjual akidah kita kepada mereka (Syiah,komunis,dsb) Adakah anda lupa bagaimana Umar al-Khattab menawan Palestin semasa pemerintahannya? Bagamana pula dgn Salahuddin al-Ayubi yg menang di dalam perang hittin, menawan kembali Palestin? Siapakah yg membuka kota konstantinopel kalau bukan Muhammad al-Fateh yang hanya berumur 20an pada masa itu? Adakah anda ni buta sejarah?.
0 comments:
Post a Comment