Di zaman moden ini, masalah sosial makin berleluasa lagi ditambah dengan sokongan kerajaan pimpinan Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib Tun Razak. Mengapa saya katakan jelas di sini? Kerana mereka juga dengan jelasnya menyokong maksiat ini. Definisi moden hanya terletak pada pembangunan bersifat fizikal semata-mata. Pemikiran masyarakat masih di takuk yang lama dan tidak berdaya saing.
Perbuatan seperti tidak menutup aurat, memakai baju ketat, berlaga pipi, berpegangan tangan, bercium, berpeluk, bergosip, menfitnah dan macam-macam lagi maksiat yang berlaku di hadapan kitra baik secara langsung mahupun melalui media semakin membimbangkan. Situasi ini bertambah membimbangkan lagi apabila tindakan mereka itu di buat secara terang-terangan ditambah lagi dengan kehadiran anak kecil yang sentiasa memerhati dan mempelajari aktiviti di sekeliling mereka. Sesungguhnya perbuatan melampau tersebut menyakitkan hati dan mata kita sebagai seorang muslim.
Rasuah terang-terangan dihadapan ramai saksi tidak diambil tindakan. Pemimpin jahil seperti ini semakin berani melakukan jenayah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". [HR Muslim]
Orang yang jahil dan rosak akhlaknya dilantik menjadi pemimpin suatu fenomena biasa di Malaysia |
Maka, pendekatan sebaiknya kita harus lebih agresif. Alhamdulillah tindakan agresif ini sudah mula dilakukan pihak tertentu yang mempunyai kekuatan dari segi kewangan, pengaruh dan kebijaksanaan yang tinggi bagi mengekang serangan puak jahiliah moden ini. Mereka banyak mengalami serangan dari puak jahiliah moden ini tetapi dengan berbekalkan semangat, strategi yang rapi dan pertolongan dari Allah SWT mereka terus bertahan.
Kita sebagai seorang muslim yang berpegang teguh kepada tali Alah SWT ini perlu mengetahui cara-cara atau strategi kita bagi mempertahankan agama kita dari terus diratah golongan jahil ini. Mereka agresif tetapi mengapa kita harus pasif, lemah dan lembik? Kalau kita lihat drama-drama atau filem-filem di Malaysia ini kalau watak dibawa seseorang itu berbentuk warak dan baik pastinya mereka ini pasif, lemah, lembik dan bodoh. Watak ini juga dikenali sebagai teroris, ganas dan sesat. Imej ini telah membawa Islam ketahap yang rendah dan ditakuti masyarakat untuk mendekati Islam. Golongan yang menjadi pengarah kepada watak-watak ini juga golongan yang kurang pengetahuan tentang Islam dan secara tidak langsung telah memburukkan imej Islam di mata masyarakat.
Islam semakin kritikal dan harus dipertahankan. Kita harus bersikap matang dan bijak dalam mengekang aktiviti ini dari terus berleluasa. Islam itu agama yang Syumul (menyeluruh) dan sangat indah. Mereka (golongan jahil) agresif, kita juga harus agresif. Mereka kritikal, kita juga harus kritikal. Mereka berani kita juga harus lebih berani. Mereka kreatif, kita juga harus lebih kreatif. Ketahuilah sahabat semua, Jihad itu akan kekal sampai Hari Kiamat dan Allah SWT sentiasa membuka peluang Jihad ini kepada kita. terpulang kepada kita sama ada mahu mencarinya atau tidak. WAllahu A'lam.
AMAD
0 comments:
Post a Comment