Pages

Followers

31.8.11

Projek AGEIS: Tak Payah Nak Nasihat Aku ! [Bahagian 1]


Di zaman moden ini, masalah sosial makin berleluasa lagi ditambah dengan sokongan kerajaan pimpinan Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib Tun Razak. Mengapa saya katakan jelas di sini? Kerana mereka juga dengan jelasnya menyokong maksiat ini. Definisi moden hanya terletak pada pembangunan bersifat fizikal semata-mata. Pemikiran masyarakat masih di takuk yang lama dan tidak berdaya saing.

Perbuatan seperti tidak menutup aurat, memakai baju ketat, berlaga pipi, berpegangan tangan, bercium, berpeluk, bergosip, menfitnah dan macam-macam lagi maksiat yang berlaku di hadapan kitra baik secara langsung mahupun melalui media semakin membimbangkan. Situasi ini bertambah membimbangkan lagi apabila tindakan mereka itu di buat secara terang-terangan ditambah lagi dengan kehadiran anak kecil yang sentiasa memerhati dan mempelajari aktiviti di sekeliling mereka. Sesungguhnya perbuatan melampau tersebut menyakitkan hati dan mata kita sebagai seorang muslim.

 
Rasuah terang-terangan dihadapan ramai saksi tidak diambil tindakan. Pemimpin jahil seperti ini semakin berani melakukan jenayah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". [HR Muslim]

Orang yang jahil dan rosak akhlaknya dilantik menjadi pemimpin suatu fenomena biasa di Malaysia
Di Malaysia ini bukan tiada golongan yang berani menegur tetapi apa yang biasa terjadi ialah mereka ini disifatkan "Tak makan saman". Ketiadaan Daulah Khilafah yang mendaulatkan al-Quran dan as-Sunnah dilihat punca utama gejala liberalisme ini berlaku. Pemerintah sekular hanya membiarkan masalah ini berlaku di kerusi-kerusi empuk mereka. Kerosakan akhlak manusia tidak lagi diendahkan, bahkan mereka terus hanyut dengan agenda-agenda sekular mereka. Cara teguran pada si penegur juga mungkin terlalu berlapik sehinggakan terlalu menjaga hati golongan jahil ini yang saya pasti sebelum ini pun sudah ramai yang sudah menegur dengan cara yang baik. Takkan negara sudah merdeka 54 tahun masih mahu menegur cara baik juga? balik-balik cara baik. Bukan tidak menyokong, tetapi tindakan ini seperti tidak memberi kesan kepada si jahil ini dan telah terbukti lebih setengah abad isu ini tidak selesai!. 

Maka, pendekatan sebaiknya kita harus lebih agresif. Alhamdulillah tindakan agresif ini sudah mula dilakukan pihak tertentu yang mempunyai kekuatan dari segi kewangan, pengaruh dan kebijaksanaan yang tinggi bagi mengekang serangan puak jahiliah moden ini. Mereka banyak mengalami serangan dari puak jahiliah moden ini tetapi dengan berbekalkan semangat, strategi yang rapi dan pertolongan dari Allah SWT mereka terus bertahan. 

Kita sebagai seorang muslim yang berpegang teguh kepada tali Alah SWT ini perlu mengetahui cara-cara atau strategi kita bagi mempertahankan agama kita dari terus diratah golongan jahil ini. Mereka agresif tetapi mengapa kita harus pasif, lemah dan lembik? Kalau kita lihat drama-drama atau filem-filem di Malaysia ini kalau watak dibawa seseorang itu berbentuk warak dan baik pastinya mereka ini pasif, lemah, lembik dan bodoh. Watak ini juga dikenali sebagai teroris, ganas dan sesat.  Imej ini telah membawa Islam ketahap yang rendah dan ditakuti masyarakat untuk mendekati Islam. Golongan yang menjadi pengarah kepada watak-watak ini juga golongan yang kurang pengetahuan tentang Islam dan secara tidak langsung telah memburukkan imej Islam di mata masyarakat.

Islam semakin kritikal dan harus dipertahankan. Kita harus bersikap matang dan bijak dalam mengekang aktiviti ini dari terus berleluasa. Islam itu agama yang Syumul (menyeluruh) dan sangat indah. Mereka (golongan jahil) agresif, kita juga harus agresif. Mereka kritikal, kita juga harus kritikal. Mereka berani kita juga harus lebih berani. Mereka kreatif, kita juga harus lebih kreatif. Ketahuilah sahabat semua, Jihad itu akan kekal sampai Hari Kiamat dan Allah SWT sentiasa membuka peluang Jihad ini kepada kita. terpulang kepada kita sama ada mahu mencarinya atau tidak.  WAllahu A'lam.

AMAD

29.8.11

Kisah Benar: Pengalaman Menguruskan Jenazah

Gambar hiasan
Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput. Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya.  Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua yang masih hidup supaya sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar. 


Ketahuilah sahabatku semua, perkara yang terjadi yang berlaku kepada si mati itu bukanlah pengajaran kepadanya sebaliknya sebagai peringatan kepada kita semua yang masih hidup dan masih punyai peluang untuk bertaubat kepada Allah SWT insyaAllah. Semoga Allah SWT menerima taubat kita semua.
Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini : Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah.Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.

Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.

Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus "fardu kifayah" atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.

Tetapi selama memandikan mayat itu,kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.

Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?

Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.

Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.

Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya,kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.

Saya katakan kepada mereka,"Inilah ujian Allah terhadap kita". Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.

Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah. Ketika semua anak almarhum masuk,saya nasihati mereka.

Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka,bukan menguruskan semuanya,tanggung jawab ada pada ahli warisnya.

Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu,bukan hanya iman,hanya bilal,atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.

Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut,tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.

Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.

Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.

Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang.Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.

Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah "Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini."

Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.

Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.

Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.

Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:

"Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya."

Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya,tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.

Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu,muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.

Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar,dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.

Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah,cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.

Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.

Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.

Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.

Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na'udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa'at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.

Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.

Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.

Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.

Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.

Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.

Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.

1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas,menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?

Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.

Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini.

Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?

Renungkanlah...
Pada akhirnya setelah semalam merenungkan artikel ini dalam hati terbit do'a: "Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu. Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari akhlaq yang menjadikan peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu."

Wassalamu'alaikum.

Untuk saudara-saudaraku yang kucintai kerana Allah...kirimkan berita ini kepada saudara-saudara kita yang lain untuk mengingatkan diri kita semua untuk selalu memperbaiki semua amalan dalam diri kita dan kita adalah mahluk yang lemah dimana apapun yang Allah inginkan tiada yang dapat menghalangiNya.

Fakta Tentang Makkah Al-Mukarramah



Kita sebagai umat Islam yang mencintai agama kita harus mengetahui sedikit sebanyak tentang tempat suci. Semoga dengan pengetahuan ini menambahkan lagi rasa cinta kita pada Allah SWT. Ia suatu fakta yang menarik, insyaAllah.

01 Dalil secara Qati’ (putus-tidak boleh dipertikai) untuk menyokong dan membenarkan bahawa Makkah al-Mukarramah adalah ‘Pusat Bumi’ seperti yang terkandung di dalam kitab-kitab Samawi spt Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran. Diikuti pula ilmu sains,astronomi dan geografi sebagai kajian dan resolusi kebenaran fakta tersebut. As-Syura:8 |Al-An’am:92

02 Menyatakan bahawa Makkah al-Mukarramah adalah sebagai ‘Tarikan Magnet Radiasi’ untuk Bumi. Bermakna tenaga semulajadi untuk jasad manusia boleh ditambah dan diperolehi dengan cara bersujud secara bersolat. Untuk mendapat cas tenaga ini, ciri sujud tersebut perlu betul, selaras dan bertepatan menghadap Ka’bah sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’. Untuk menetapkan Makkah sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’, penetapan serta persepakatan dari segi keadaan muka bumi, waktu dan masa yang betul perlu diseragamkan dan dipusatkan di sini. Maka, Makkah al-Mukarramah bukan sahaja pusat tarikan Magnet radiasi, tetapi ia juga merupakan tarikan ‘RUH’ umat Islam untuk melaksanakan amal ibadat.

03 Menyangkal fakta barat yang menyatakan bahawa permukaan bumi ini adalah 360 darjah. Sebenarnya ia adalah 390 darjah berdasarkan ukuran dari ‘Pusat Bumi Makkah’. Ukuran 390 darjah ini adalah lebih tepat berdasarkan persepakatan ahli di dalam bidang astronomi dan geografi Islam.

Makkah Tahun 1850
04 Mengukuhkan fakta yang menyatakan bahawa Ka’bah, masjid al-Quds dan masjid Nabawi adalah terletak di satu garisan geografi yang sama bermula dari Makkah dan berakhir di al-Quds al-Syarif. Berbeza dengan padangan yang sebaliknya. Maka, umat Islam di Palestin secara khususnya menghadap ke kiblat secara berhadapan terus ke arahnya tanpa perlu condong ke mana-mana arah. Begitu juga arah kiblat mereka juga terus menembusi ke arah masjid Nabawi, di Madinah al-Munawwarah. Ketiga-tiga masjid ini adalah merupakan saranan nabi Muhammad s.a.w untuk menziarahinya kerana keberkatan yang ada padanya.

05 Menyatukan dan memudahkan urusan waktu dan masa bagi ibadat Haji, tahun Hijrah dan sambutan hari kebesaran di dalam bulan Islam khususnya hari wukuf di Arafah yang sering menjadi perselisihan setiap tahun di Malaysia sekiranya menggunakan sistem GMT. Berbeza dengan sistem ‘Waktu Muslim Sedunia’ ini. Segalanya lebih baik dan tersusun.

06  Membina ‘Jihad’ dan ‘Kesatuan’ umat Islam sedunia dari segi fikrah ‘masa dan ibadat’ dengan kewujudan ‘Waktu Antarabangsa Makkah’ bagi negara-negara Islam khususnya dan negara non-muslim secara amnya. Secara simboliknya, sistem Greenwich Mean Time (Waktu Min Greenwich) ini tidak lagi relevan dan sesuai diguna pakai di negara-negara Islam kerana banyak kelemahan dan ketidakserasian waktu dan masa untuk umat Islam.

07 Menyatakan bahawa GMT yang diasaskan oleh penjajah British ini adalah merupakan penyata garisan secara sangkaan salah mereka tanpa fakta dan kajian yang benar. Hal ini berlaku sewaktu penjajahan mereka di seluruh dunia pada tahun 1884 dengan menetapkan waktu di setiap negara-negara jajahan mereka adalah berdasarkan waktu dan masa di Britain. Ia bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran dan pengurusan politik mereka dengan negara-negara tersebut.

Oleh itu, garisan panjang permukaan bumi Makkah bertepatan dengan garisan utara Magnet iaitu bersamaan ‘0′ darjah berbeza dengan penyelewengan yang telah ditetapkan oleh mereka berkenaan GMT iaitu dengan purata 8.5 darjah. Begitu juga di negara-negara selain Britain, sama ada ia berlaku penambahan atau pengurangan ukuran darjah permukaan bumi. Ini menyebabkan ketidakstabilan untuk umat Islam bagi menentukan arah kiblat dengan lebih tepat. Oleh sebab itu, GMT tidak sesuai lagi untuk dijadikan sebagai pegangan ‘masa dan waktu’ penduduk dunia amnya dan negara-negara Islam secara khususnya sebagai pengurusan harian hidup. Bahkan Makkah al-Mukarramah adalah merupakan tumpuan dunia serta fokusnya adalah kepada Ka’bah al-Musyarrafah.

08 Menyahut seruan Allah s.w.t untuk bersatu dan bersistem dalam soal kehidupan manusia berdasarkan wahyunya di dalam al-Quran berkenaan isi kandungan surah al-A’sr (Demi Masa).

WAllahu A’lam.

Takdir Boleh Diubah Ketahui Caranya

Banyak orang malas yang menjadikan takdir sebagai dalih atas kemalasannya mahu berusaha. Padahal, takdir itu boleh diubah. Ya itu hakikatnya tetapi tidak semua takdir boleh diubah. Misalnya, jika kita ditakdirkan sebagai seorang lelaki, tidak boleh diubah menjadi seorang perempuan. Kita memang tidak boleh mengubah takdir yang sudah terjadi sebab waktu memang diciptakan tidak boleh ke belakang. Yang dimaksud mengubah takdir disini ialah mengubah takdir di masa akan datang.

Bagaimana cara kita mengubah takdir? Cara yang benar dan tepat, tentu saja harus bersumber dari Pembuat takdir yang tiada lain Allah SWT melalui Al Quran dan Hadits Nabi saw. Bagi anda yang belum tahu, bahawa takdir boleh diubah, silahkan semak hadis berikut:

Hadis dari Imam Tirmidzi dan Hakim, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW Bersabda : “Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang boleh menolak taqdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada doa”. (HR Tirmudzi dan Hakim)


Kerap Berdoa

Allah yang menetapkan takdir kita, maka Allah memiliki kuasa untuk mengubahnya, ertinya takdir baru bagi kita. Mengubah takdir ertinya Allah menggantinya dengan takdir baru. Tetap, Allah yang menetapkan takdir. Cara pertama ialah dengan berdoa seperti yang dijelaskan pada hadis diatas.

Ringan Bersedekah

Rasulullah SAW pernah bersabda : “Silaturrahmi dapat memperpanjang umur dan sedekah dapat merubah taqdir yang mubram” (HR. Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Imam Ahmad)

Sentiasa Bertasbih

Ada hadis yang diriwayatkan dari Saad Ibnu Abi Waqosh, Rasulullah bersabda :

“Mahukah kalian Aku beritahu sesuatu doa, yang jika kalian memanfaatkan itu ketika ditimpa kesedihan atau bencana, maka Allah akan menghilangkan kesedihan itu?  Para sahabat menjawab : “Ya, wahai Rasululullah, Rasul bersabda “Iaitu doa “Dzun-Nun : “LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADH-DHOLIMIN” (Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk diantara orang-orang yang zalim”). (H.R. Imam Ahmad, At-Tirmidzi dan Al-Hakim).

Selawat Ke Atas Rasulullah SAW

ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ubay Ibnu Kaab, bahawa ada seorang lelaki telah mendedikasikan semua pahala selawatnya untuk Rasulullah SAW, maka Rasul berkata kepada orang tersebut : “Jika begitu lenyaplah kesedihanmu, dan dosamu akan diampuni” (H.R Imam Ahmad At-Tabroni)

Oleh itu, jangan berhenti untuk terus berusaha. Seburuk mana pun kedudukan masa ini, semuanya masih boleh berubah dan kesempatan itu terbuka luas. Allah SWT maha kaya dan maha mengetahui kehendak hamba-hambaNya. Hanya tinggal kita sahaja mahu mendekati Allah SWT atau tidak. Bagaimana pun pahitnya pengalaman kita dimasa lalu, masih boleh diubah di masa hadapan.Yakinlah pada Allah SWT insyaAllah kehidupan anda akan menjadi lebih baik. WAllahu A'lam.

26.8.11

Artikel: 7 Kebiasaan Blogger Profesional

Menurut Ali Luke dalam tulisan beliau dalam ProBlogger, profesional blogging bukanlah skim cepat kaya. Umum tahu bahawa membina sebuah blog yang berjaya menghasilkan pendapatan yang lumayan mungkin mengambil masa sedikit lebih lama dari yang kamu sangkakan, namun itu semua tidak mustahil. Usaha berterusan dan tidak mengenal putus asa itu merupakan kunci utama.

24.8.11

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Turutan

Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.

Akhir Zaman


Kedatangan Nabi Isa as akan didahului oleh keadaan dunia yang dipenuhi kezaliman, kesengsaraan dan peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia, setelah itu kemunculan Imam Mahdi yang akan menyelamatkan kaum muslimin, kemudian kemunculan dajjal yang akan berusaha membunuh Imam Mahdi. Setelah dajjal menyebarkan fitnahnya selama 40 hari, maka Nabi Isa as akan diturunkan dari langit untuk menumpaskan dajjal.

Sedarlah Lelaki, Di mana Anda Sekarang

Apa yang berlaku kepada kaum lelaki sekarang ini? Tidakkah kalian sedar bahawa tanggungjawab kalian sebagai seorang lelaki berbeza daripada wanita? Ketahuilah, kalian masih hanyut mabuk dengan kehendak dunia sekeliling kalian.

Peringkat Azab Bagi Golongan Yang Meninggalkan Solat


Berikut adalah peringkat-peringkat Azab Allah SWT bagi golongan yang meninggalkan solat lima waktu. Semoga kita sentiasa berpegang kepada tali Allah SWT, InsyaAllah.

23.8.11

06 Wanita Yang Tidak Patut Dikahwini


Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

20.8.11

Nama Lain Bagi Al-Quran

Tahukah anda bahawa Al-Quran juga ada nama lain? Dalam Al-Qur'an sendiri terdapat beberapa ayat yang menyertakan nama lain yang digunakan untuk merujuk kepada Al-Qur'an itu sendiri. Berikut adalah nama-nama tersebut dan ayat yang mencantumkannya:

04 Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas radhiaAllahu `anhuma, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ada menyebut bahawa Baginda sallAllahu `alaihi wasallam diberitahu ada 70,000 orang di kalangan ummatnya yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan diseksa terlebih dahulu.

Al-Quran Hanyalah Kitab Senarai Tugasan Khalifah?

Hari ini saya seperti biasa ke masjid bagi menunaikan Solat Jumaat. Tajuk khutbah kali ini, "Al-Quran Kitab Mulia". Apa yang menegejutkan hari ini ialah teks yang dibacakan khatib yang pada saya bercanggah kepada pemahaman isi kandungan Al-Quran itu sendiri. Ok lihat potongan teks yang dibacakan tadi.

Cara Mudah Mencintai Al-Quran


Al-Quran
Zaman sekarang ini memang banyak cabaran di sekeliling kita sehingga kita alpa dengan keperluan akhirat yang sememangnya jauh jauh dan jauh lebih penting dari dunia. Kenapa saya katakan jauh, kerana di sanalah bermulanya kehidupan sebenar seorang manusia. Di dunia kita hidup pun tidaklah lama sangat sekitar 60 ke110 tahun. Itu pun kalau dapat umur yang banyak macam cucu Mat Kilau dapatlah hidup 180 tahun. 

18.8.11

Allah Mengampunkan Semua Dosa kecuali 6 Golongan

Semoga ini menjadi peringatan kepada kita semua untuk lebih berhati-hati dan menjaga hubungan kita dengan Allah SWT, Insya Allah.

6 Syafaat Rasulullah SAW


Seorang sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Auf bin Malik bercerita, suatu hari Nabi s.a.w. bersabda kepada kami, “Tahukah engkau apa yang telah ditawarkan Tuhanku malam tadi kepadaku?” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”

Memotong Kuku Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Kebanyakan orang tidak tahu cara memotong kuku mengikut sunnah Rasulullah SAW. Bukan solat sahaja yang ada tertibnya, memotong kuku juga ada tertibnya. Semoga kita akan lebih menyayangi Rasulullah SAW dan diberi syafaatnya kelak di hari kiamat, Insya Allah. Allahumma S'alli A'la Sayyidina Muhammadin Sallallahu A' laihiwasallam.

17.8.11

5 Maksiat Yang Disegerakan Balasannya


Daripada Ibnu Omar r.a. berkata : Berhadap Rasulullah saw kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda :”Wahai kaum Muhajirin, limaperkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah :

Nama 25 Nabi dan Rasul dalam Islam dan Yahudi


Perbezaan nama bukanlah penghalang untuk kita mengenali para nabi dan rasul. Ia hanyalah nama panggilan bagi kaum yahudi ketika itu.

Syafaat Rasulullah SAW

Pengertian Syafaat


Secara bahasa, syafaat berasal daripada kata al-syaf’u, maknanya “genap” (lawannya ganjil). Syafaat dengan demikian mengandungi makna “menggenapkan” sesuatu, yakni membantu pihak lain melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan dirinya sendiri. Ibn al-Manzur dalam Lisan al-Arab berkata, “Syafaat ialah perkataan seseorang kepada raja untuk meminta hajat bagi orang lain.”

14.8.11

Resepi: croquembouche


INGREDIENTS

Choux pastry:
Water  425g
Milk  530g
Sugar  20g
Salt  20g
Butter  400g
Flour  530g
Eggs  16

Pastry cream:
Milk  1300ml
Eggs Yolks 330g
Sugar  330g
Cornflour 130g
Butter  130g
Vanilla  2 beans

GaySec memohon maaf kepada pihak umum dan Arlene Tan


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Selangor State Library Kos 9 Juta

Macam tidak percaya dengan kemudahan ditawarkan kos keseluruhan serendah RM9Juta sahaja! Tahniah Kerajaan Negeri Selangor.

13.8.11

Melayu-Islam Berlindung Di Gereja Bukan Kisah Dongeng


Baru-baru ini Harapan Komuniti – NGO yang menganjurkan majlis makan malam amal yang diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu kerana didakwa ada kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam – tampil membuat penjelasan tentang apa yang berlaku pada malam tersebut.

12.8.11

Ancaman Baru Rakyat Malaysia

Pagi tadi semasa bangun untuk bersahur sekitar jam 05:17 pagi ada kedengaran suara seorang wanita menjerit meminta tolong. Saya terus meluru melihat dari tingkap. Ternampak seorang wanita warga asing dan seorang lelaki yang juga dipercayai warga asing sedang bergaduh. Si lelaki memukul wanita tersebut tanpa belas kasihan menggunakan topi keledar.

9.8.11

Isu Gereja Beri Bantuan Siapa Bertanggungjawab?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita sekumpulan orang Islam yang terdiri daripada kaum melayu dan mualaf yang menyertai program keagamaan di sebuah gereja di Petaling Jaya. Isunya golongan ini kesempitan dari segi kewangan yang dipercayai gagal mendapat bantuan kewangan dari pihak berwajib.

Seven Wonders of the World


seven wonders of the worldThe Seven Wonders of the World is a well known traditional list of seven astonishing constructions of the ancient times. As people knew little about the world beyond the Mediterranean rim at that time, this list only has a collection of works located around that area. The two lists which were the most famous of many such lists were the ones complied by Philo of Byzantium and by Antipater of Sidon. As the Greeks considered seven as a magical number, the list of Wonders of the World had seven members.

8.8.11

Berita: Tanah Runtuh Perkampungan Orang Asli Sungai Rui


CAMERON HIGHLANDS, 08 Ogos – Tujuh termasuk empat wanita maut, manakala dua parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang, di sini petang semalam.

Berita: Satu Nama Dua Tempat Mengundi Di Online SPR



SHAH ALAM, 8 Ogos: Jabatan Pilihan raya PAS Negeri Selangor mendesak SPR mengeluarkan nama-nama pemilih yang berada dalam daftar pemilih bertindih sebanyak 11,000 ditemui di Dun khususnya yang dikuasai Pakatan Rakyat. Daftar pemilih bertindih itu didedahkan Pengarah Jabatan Pilihan raya negeri Selangor, Jaafar Samsudin setelah membuat semakan online daftar pemilih SPR di alamat http//www.spr.gov.my. 

Identiti Hajjah Sitt Al-Wuzara Terbongkar

Identiti sebenar Hajjah Sitt Al-Wuzara terbongkar. Dia yang yang dikaitkan dengan penghinaan secara terang-terangan terhadap agama Islam telah berselindung di sebalik akaun facebook palsu. GaySec hari ini telah pun membongkar siapa Hajjah Sitt Al-Wuzara yang sebenarnya. Anda bole melihat di blognya di makcikhajjahsittalwuzara.

Golongan Kurang Upaya? Apa Yang Membezakan Kita?

Entri kali ini saya nak menceritakan tentang golongan kelainan upaya. Apa inspirasi yang kita boleh peroleh dari mereka ini. Selalunya kita tidak akan pandang kepada golongan seperti ini. Apa yang kita boleh pelajari daripada mereka dan apa yang membezakan mereka dan kita.

ASB ASN haram - Jabatan Mufti Negeri Selangor

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal.

Melayu Singapura Hina Allah S.W.T Dan Agama Islam Di Facebook

Apa yang menyedihkan, golongan ini seperti tidak takut dengan pencipta yang Maha Penyayang, Allah SWT, yang memberi rezeki kepada mereka setiap hari, memberi rahmat kepada kehidupan mereka namun mereka buta sama sekali. Astaghfirullah Al Adzim.

7.8.11

Berita: 25 U.S. Seals Killed In Afghanistan



Dozens of soldiers have died after the Taliban shot down a Nato helicopter - in the deadliest single attack on foreign troops since the Afghanistan war began in 2001. Earlier reports said more than 20 Navy Seals from the unit that killed Osama bin Laden were among those killed in a helicopter crash in Afghanistan. The operators from Seal Team Six were being flown by a crew of the 160th Special Operations Aviation Regiment, US officials officials.

6.8.11

Persoalan Lazim Tentang Puasa

Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.

Berita: Mayat Yang Dikerat Adalah Warga Asing

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2011 – Polis hari ini mengesahkan mayat wanita yang ditemui dikerat di sebuah apartmen di Ampang pada Rabu lepas adalah warganegara asing. 

Berita: Gerakan Murtad di FB Bermaharajalela


KUALA LUMPUR, 6 August 2011  – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan gerakan murtad dan menghina Islam yang sedang berlaku di laman interaksi sosial ‘Facebook’.

Projek 2012: 10 Ramalan Nostredame [Bahagian 3]



Berikut adalah antara ramalan-ramalan besar yang dibuat oleh Nostredame sepanjang hayatnya yang menimbulkan pelbagai persoalan kepada para pengkaji. Entri ini adalah lanjutan dari entri sebelum ini. Bagi anda yang belum lagi membacanya sila baca di Projek 2012: Hari Kiamat [Bahagian 1]Ramalan-ramalan ini  banyak dikaitkan pengkaji dengan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku selepas kematian beliau di seluruh dunia. Sejauh mana kebenarannya? Wallahua'lam.

5.8.11

Busana Muslimah



Busana Muslimah kini sudah menjadi salah satu trend pilihan bagi umat Islam sekarang. Namun apa ang menyedihkan kebanyakan cara pemakaian mereka tidak menepati ciri-ciri Islam yang sebenar. Semoga dengan entri saya kali ini sedikit sebanyak dapat memperbetulkan secara keseluruhan cara pemakaian sebagai muslimah demi mendapat keredhaan Allah SWT.


CARA YANG BETUL

Busana Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak ALLAH ialah:
  1. Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan.Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
  2. Mestilah kainnya tebal. Mestilah tidak tembus cahaya dan tidak boleh nampak anggota tubuh. 
  3. Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh. 
  4. Tidak berwangi-wangian. 
  5. Tidak menyerupai pakaian lelaki. 
  6. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir. 
  7. Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan. 
Semoga dengan penerangan kali ini dapatlah kita semak semula cara berpakaian kita bagi memenuhi kesemua ciri-ciri berpakaian di atas, Insyaallah.

CARA YANG SALAH

Berikut pula disenaraikan beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai wanita-wanita Muslimah samada mereka sedar atau tidak:
  1. Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh. 
  2. Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja. 
  3. Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah. 
  4. Tidak menutup sebahagian anggota tubuh. Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya. 
  5. Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan. 
  6. Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya. 
  7. Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya. 
Mudah-mudahan dengan tersenarainya beberapa hal di atas, kita mendoakan agar anda dapat berubah dan mengambil tindakan untuk memperbetulkannya. Kadang-kadang ia bukanlah disengajakan tetapi adalah akibat salah faham yang dipengaruhi keadaan sekeliling yang membawa kepada kekeliruan sehingga tersasar daripada kehendak agama. Wallahua'lam.