Pages

Followers

12.8.11

Ancaman Baru Rakyat Malaysia

Pagi tadi semasa bangun untuk bersahur sekitar jam 05:17 pagi ada kedengaran suara seorang wanita menjerit meminta tolong. Saya terus meluru melihat dari tingkap. Ternampak seorang wanita warga asing dan seorang lelaki yang juga dipercayai warga asing sedang bergaduh. Si lelaki memukul wanita tersebut tanpa belas kasihan menggunakan topi keledar.
Ia dilihat seolah-olah Malaysia ini tidak ada undang-undang. Lelaki itu terus memukul tanpa rasa takut pun. Memang kasihan tetapi apa yang mampu kita lakukan, kita juga memikirkan keselamatan kita juga. Dengan rasa berat hati saya terus beredar dari situ dan bersahur. Masa sahur pun sudah hampir penamatnya. Kemudian solat.



Apa yang saya fikirkan selepas tu adalah sesuatu yang perlu kita ambil tahu dan perlu kita berusaha mengubahnya. Ia isu "Warga Asing". Memang di Malaysia ni terlalu ramai warga asing bekerja mencari rezeki. Tetapi apa yang membimbangkan polisi kerajaan hari ini yang sehingga sekarang masih gagal menjawab soal kelulusan kewarganegaraan warga asing yang diluluskan dalam tempoh 4jam sahaja. Isu ini dikaitan dengan PRU-13 akan datang yang melibatkan kelulusan kerakyatan yang mempunyai agenda untuk meraih undi. Tindakan ini telah mendedahkan keselamatan negara kepada pihak luar yang dengan mudah mendapat kerakyatan disamping undi mereka dibeli sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Warga asing di sekitar Kuala Lumpur
Kita yang dihimpit kesusahan hidup ditambah lagi dengan masalah ini. Anda bayangkan, anak-anak kita sekarang bersekolah dan bersaing dengan anak-anak warga Indonesia. Akan datang tidak mustahil mereka akan bersama dengan bangsa Negro, Afrika, Arab, Filipina, Bangladesh, Pakistan, India dan sebagainya. Isu ini sangat kritikal kerana semakin hari tindakan mereka semakin melampau, melangkah dengan penuh keberanian tanpa rasa takut disebabkan institusi perundangan negara kita yang sudah tercemar atau tidak lagi bebas. 
Lihatlah jenayah yang diperlakukan warga asing ini semakin hari semakin berleluasa. Berita untuk dua minggu ini sahaja anda boleh lihat kes-kes pembunuhan, rompakan dan penculikan dilakukan warga asing berlaku di serata Malaysia. Kita perlu sedar bahawa pemikiran mereka masih mundur dan tidak dinafikan di dalam pemikiran mereka tidak ada undang-undang. Perlakuan mereka terbawa-bawa dari negara asal mereka yang barangkali pelaksanaan undang-undang di sana yang lemah membuatkan mereka tidak ada rasa takut untuk melakukan jenayah.
Ini pandangan peribadi saya. Ini bukan soal parti atau fahaman kepuakan atau bangsa. Ini isu semua kaum dan kita harus memandang berat isu ini. Pada saya, jika ini berterusan maka Malaysia akan semakin jauh dengan kemajuan dan era Islam akan semakin pudar. 

AMAD









0 comments:

Post a Comment