Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita sekumpulan orang Islam yang terdiri daripada kaum melayu dan mualaf yang menyertai program keagamaan di sebuah gereja di Petaling Jaya. Isunya golongan ini kesempitan dari segi kewangan yang dipercayai gagal mendapat bantuan kewangan dari pihak berwajib.
Dalam soal ini siapa yang bertanggungjawab? Seharusnya pihak berkenaan harus mengambil tindakan drastik bagi mengekang permasalahan ini dengan mencari punca dan terus kepada penyelesaian memandangkan isu ini dipercayai telah banyak berlaku di sesetengah negeri. Ia isu besar kerana melibatkan Agama Islam dan bukan masanya kita menuding jari antara satu sama lain.
Apapun kita sebagai umat Islam tidak seharusnya menggadai Agama kita walauapapun terjadi. Biarpun mereka tidak sampai memeluk agama kristian tetapi cukuplah dengan apa yang mereka lakukan itu sudah hampir menjatuhkan akidah mereka. Semoga mereka sentiasa ditempatkan dikalangan golongan yang dilindungi Allah SWT. Isu kewangan bukanlah isu kecil yang harus dipandang remeh. Pihak berkuasa harus membuat pertimbangan sebaik-baiknya supaya golongan-golongan seperti ini tidak lagi tercicir daripada mendapat bantuan sepatutnya.
AMAD
0 comments:
Post a Comment