Hari ini saya seperti biasa ke masjid bagi menunaikan Solat Jumaat. Tajuk khutbah kali ini, "Al-Quran Kitab Mulia". Apa yang menegejutkan hari ini ialah teks yang dibacakan khatib yang pada saya bercanggah kepada pemahaman isi kandungan Al-Quran itu sendiri. Ok lihat potongan teks yang dibacakan tadi.
Apa yang saya tahu, Al-Quran ini meliputi segala aspek kehidupan. Ia termasuk aspek ekonomi, perundangan, pelajaran, agama dan sebagainya. Memang tidak dinafikan Al-Quran juga menyentuh soal tugasan kita sebagai khalifah tetapi adakah hanya itu sahaja isi Al-Quran? Tidak sama sekali.
Teks yang dibacakan tadi diberi pihak kerajaan .Ada kemungkinan pihak Jabatan Agama Islam Negeri terdiri dari pihak yang jahil agama. Mungkin juga kesilapan teknikal dari segi ayat tetapi saya rasa tidak mungkin kerana berdasarkan ayat tersebut tidak ada ruang atau ayat yang diragui.
Apa yang saya lihat jika ini bukan kesilapan mereka bermakna ada usaha dari pihak tertentu yang mahu Islam di Malaysia ini di kecilkan atau di pisahkan peranannya dari kehidupan kita kepada satu ruang yang kecil sahaja. Perkara ini bukan andaian tetapi ia benar-benar berlaku dan telah pun berlaku. Kita bole lihat masyarakat kita yang hanya menggunakan Islam untuk tujuan atau upacara tertentu sahaja seperti perkahwinan, urusan pembahagian harta, kematian dan zakat.
Dimana Islam di perundangan negara kita?
Dimana Islam di institusi pendidikan kita?
Dimana Islam di bidang ekonomi kita?
Dimana Islam di sudut mata masyarakat kita?
Masyarakat kita rata-rata berkiblatkan barat. Mereka tidak mengenali Al-Quran yang sebenar-benarnya. Apa sahaja semuanya dirujuk kepada pihak barat. Kalau kita lihat pemimpin kita, mereka akan berbangga sekiranya dapat bekerjasama dengan pihak barat. Apatah lagi jika dapat menandatangani MOU dengan mereka. Habis satu Malaysia cerita ini dijaja.
Kini Al-Quran hanya diletak di rak-rak buku sebagai perhiasan di rumah-rumah dan di masjid-masjid. Al-Quran tiada tempat dihati kita. Kita hanya membaca Al-Quran semasa berada di masjid sahaja atau semasa di majlis-majlis tertentu. Kita tidak membaca Al-Quran sewaktu masa lapang kita. Kita tidak membaca Al-Quran semasa di dalam bas. Kita tidak membaca Al-Quran semasa kita melancong.
Jadi bagaimana mahu menghidupkan rasa cinta kita terhadap Al-Quran? Baca entri tentang "Cara Mudah Mencintai Al-Quran". Ia sebahagian daripada perkongsian idea dari sahabat-sahabat kita sendiri. Nantikannya.
WAllahu A'lam.
AMAD
0 comments:
Post a Comment