Pages

Followers

29.8.11

Takdir Boleh Diubah Ketahui Caranya

Banyak orang malas yang menjadikan takdir sebagai dalih atas kemalasannya mahu berusaha. Padahal, takdir itu boleh diubah. Ya itu hakikatnya tetapi tidak semua takdir boleh diubah. Misalnya, jika kita ditakdirkan sebagai seorang lelaki, tidak boleh diubah menjadi seorang perempuan. Kita memang tidak boleh mengubah takdir yang sudah terjadi sebab waktu memang diciptakan tidak boleh ke belakang. Yang dimaksud mengubah takdir disini ialah mengubah takdir di masa akan datang.

Bagaimana cara kita mengubah takdir? Cara yang benar dan tepat, tentu saja harus bersumber dari Pembuat takdir yang tiada lain Allah SWT melalui Al Quran dan Hadits Nabi saw. Bagi anda yang belum tahu, bahawa takdir boleh diubah, silahkan semak hadis berikut:

Hadis dari Imam Tirmidzi dan Hakim, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW Bersabda : “Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang boleh menolak taqdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada doa”. (HR Tirmudzi dan Hakim)


Kerap Berdoa

Allah yang menetapkan takdir kita, maka Allah memiliki kuasa untuk mengubahnya, ertinya takdir baru bagi kita. Mengubah takdir ertinya Allah menggantinya dengan takdir baru. Tetap, Allah yang menetapkan takdir. Cara pertama ialah dengan berdoa seperti yang dijelaskan pada hadis diatas.

Ringan Bersedekah

Rasulullah SAW pernah bersabda : “Silaturrahmi dapat memperpanjang umur dan sedekah dapat merubah taqdir yang mubram” (HR. Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Imam Ahmad)

Sentiasa Bertasbih

Ada hadis yang diriwayatkan dari Saad Ibnu Abi Waqosh, Rasulullah bersabda :

“Mahukah kalian Aku beritahu sesuatu doa, yang jika kalian memanfaatkan itu ketika ditimpa kesedihan atau bencana, maka Allah akan menghilangkan kesedihan itu?  Para sahabat menjawab : “Ya, wahai Rasululullah, Rasul bersabda “Iaitu doa “Dzun-Nun : “LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADH-DHOLIMIN” (Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk diantara orang-orang yang zalim”). (H.R. Imam Ahmad, At-Tirmidzi dan Al-Hakim).

Selawat Ke Atas Rasulullah SAW

ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ubay Ibnu Kaab, bahawa ada seorang lelaki telah mendedikasikan semua pahala selawatnya untuk Rasulullah SAW, maka Rasul berkata kepada orang tersebut : “Jika begitu lenyaplah kesedihanmu, dan dosamu akan diampuni” (H.R Imam Ahmad At-Tabroni)

Oleh itu, jangan berhenti untuk terus berusaha. Seburuk mana pun kedudukan masa ini, semuanya masih boleh berubah dan kesempatan itu terbuka luas. Allah SWT maha kaya dan maha mengetahui kehendak hamba-hambaNya. Hanya tinggal kita sahaja mahu mendekati Allah SWT atau tidak. Bagaimana pun pahitnya pengalaman kita dimasa lalu, masih boleh diubah di masa hadapan.Yakinlah pada Allah SWT insyaAllah kehidupan anda akan menjadi lebih baik. WAllahu A'lam.

1 comment: