Pages

Followers

8.8.11

Golongan Kurang Upaya? Apa Yang Membezakan Kita?

Entri kali ini saya nak menceritakan tentang golongan kelainan upaya. Apa inspirasi yang kita boleh peroleh dari mereka ini. Selalunya kita tidak akan pandang kepada golongan seperti ini. Apa yang kita boleh pelajari daripada mereka dan apa yang membezakan mereka dan kita.

Sebentar tadi saya surf internet sekejap sebab dah tak tahu nak buat apa. Jadi terjumpalah satu artikel di satu blog ni tentang golongan kelainan upaya atau golongan kurang upaya. Tu perkataan terbaru media nak describe golongan ni. Mcm tak baik jugak cakap kurang upaya sedangkan mereka juga manusia seperti kita yang lahirnya tidak diminta seperti itu. Ok, saya baca artikel tu kemudian saya mula sedar betapa mereka ni berusaha bersungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan yang boleh dibanggakan dalam hidup. Kehidupan mereka sangat sulit. Ada yang berjaya menjadi peniaga, menjadi ahli ekonomi, pakar motivasi dan sebagainya.

Namun apa yang lebih membuatkan saya terasa kerana tahap keupayaan mereka sangat terbatas sekali untuk melakukan sesuatu berbanding dengan kita yang dikurniakan pancaindera yang baik tetapi apa pencapaian yang kita perolehi selama ini untuk ibu bapa kita? Untuk agama kita? Untuk masyarakat kita? Untuk negara kita? Ya, saya akui pencapaian golongan seperti kita ini memang ramai yang telah pun memperoleh kejayaan tetapi bagaimana pula golongan kelainan upaya ini yang keadaan mereka yang terbatas itu pun mampu mencapai kejayaan yang sama seperti kita semua? Bukankah sepatutnya kita perlu buat lebih baik dari itu?


Pendapat saya, kita sebagai seorang manusia yang dikurniakan pancaindera yang sempurna seharusnya lebih menyumbang kepada keadaan sekeliling kita. Seharusnya kita berusaha sama kuat dengan golongan ini kerana kita hidup di dunia ini bukan untuk diri kita sahaja tetapi sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT ini. Jangan kita berasa terlalu selesa dengan  nikmat yang kita perolehi ini sedangkan saudara-saudara seagama  kita diluar sana sedang menderita tanpa mendapat bantuan. Bukan saja konteks ini dilihat di Malaysia malah di seluruh dunia. Lihat kekejaman di Iraq, Palestin, Afghanistan, Pakistan, Perancis, Syria, Tunisia, Egypt, Thailand dan Libya, mereka berjuang sendirian tanpa saudara-saudara yang lain. Fatwa dikeluarkan seorang ulama yang sekarang ini cukup dihormati masyarakat Islam dunia iaitu Dr Yusuf Qaradawi juga mendesak masyarakat-masyarakat arab keluar membantu negara-negara Islam yang ditindas ketika itu. Namun jika mereka sendiri pun masih tidak dapat membantu apakah tanggungjawab itu sudah dibawah tanggungjawab kita di sini? Jawapannya ya, kita ada tanggungjawab terhadap isu itu. Saya berkata jelas isu ini memandangkan masyarakat sekarang ini kita terlalu 'berlapik' dalam membincangkan isu ini. Dan kerana terlalu banyak kekeliruan, sekarang bukan masanya kita mahu 'berlapik' dalam soal akidah ini. Ada masanya kita 'berlapik' ada masanya kita tegas dengan kenyataan kita.
Sekarang ini zaman yang penuh dengan fitnah & kejahilan, kita perlu lebih agresif dalam memerangi keadaan ini. Jangan kita lalai dengan kemewahan & kesenangan yang kita ada kerana itu semua hanyalah bersifat sementara dan ujian semata-mata dari Allah SWT. 

0 comments:

Post a Comment