Pages

Followers

2.8.11

Mengapa Diberi Nama Bulan Ramadhan?


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”                                                        [Riwayat Bukhari & Muslim]
Artikel kali ini pendek saja. Kepada sesiapa yang mungkin tidak tahu sebelum ini maksud perkataan Ramadhan dari segi bahasa, artikel ini menarik untuk anda baca.
Sebenarnya Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bermaksud “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga maksudnya membawa kepada “menjadi panas atau sangat panas” atau "hampir membakar". Setelah itu makna Ramadhan diringkaskan sebagai "waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa". 
Puasa dalam bahasa Arab disebut sebagai ‘Siyam’ atau ‘Soum’. Kedua-duanya berasal dari kata dasar ‘Sa-wa-ma’, beerti menahan diri daripada segala perkara yang dilarang oleh Allah serta mengikut semua perintahNya kerana taqwa kepada Allah SWT. 
Umat Islam diwajibkan berpuasa ketika bulan Ramadhan adalah untuk mengawal nafsu dan menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.Pada bulan ini juga,segala syaitan dan iblis dibelenggu serta Allah membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka.Oleh itu, kita hendaklah mengambil peluang untuk beribadah kepda Allah SWT untuk mendapatkan keredhaannya di bulan yang mulia ini dengan solat sunat tarawih dan membaca Al-Quran. Pada bulan Ramadhan juga disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ‘Lailatul Qadar’ di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.



0 comments:

Post a Comment