
Tidak ada yang lebih memalukan daripada seorang lelaki yang sibuk bercerita soal peribadinya yang sememangnya tidak diendahkan orang sekelilingnya sedangkan tanggungjawabnya kepada Islam masih banyak yang tidak ditunaikan.
Lebih memalukan apabila seorang lelaki bertanyakan soalan-soalan agama yang remeh-temeh yang secara logiknya boleh diperolehi jawapannya di pelbagai sumber yang hanya kerana niat untuk mempopularkan post Anda. Anda hanya sibuk berdebat isu-isu remeh-temeh yang pastinya kurang penting untuk dibincangkan berbanding isu-isu yang lebih besar yang boleh menjatuhkan akidah kita dan maruah Islam secara keseluruhannya. Tanpa sebab lain anda hanya mahu mengisi masa dengan perkara yang kurang penting anda hanya mahu orang sekeliling memberi perhatian terhadap anda.
Paling memalukan lagi apabila seorang lelaki sibuk mencari hasil dunia, sibuk mengejar cita-cita dunia dan sibuk bergaul dengan wanita bukan mahramnya hanya kerana mahu mencari publisiti sedangkan saudara-saudara seislamnya di luar sana masih bergelumang dengan penindasan, penyeksaan, pencabulan dan penghinaan.

AMAD
0 comments:
Post a Comment