
Beliau menjelaskan semakan itu ditemui dalam pemilih bagi isu rumah iaitu nama pemilih dan nombor Kad Pengenalan yang sama hanya ditukar tarikh lahir tetapi tempat mengundi di DUN yang sama hanya daerah mengundi berbeza.
Nama yang ditemui Zaidi bin Dol Majid mempunyai nombor Kad Pengenalan 780606105543 alamat PT 13, Sungai Nibong dan Parlimen Sungai Besar DUN Sungai Panjang dan daerah mengundi Batu 23, kampung atau pekan Sungai Nibong. Katanya, pemilih Zaidi juga mempunyai nombor kad pengenalan 780606105543 di alamat parti 13, Sungai Nibong, Sekinchan dan tempat mengundi Parlimen Sungai Besar, DUN Sungai Panjang dan daerah mengundi Parit 13 Sungai Nipah.
“Kita akan mengemukakan satu lagi bukti ini dan bertanya kepada SPR adakah mereka mengambil tindakan dan jika tidak mengambil tindakan mereka akan terus mengekalkan penipuan ini,” katanya. Ini ternyata kata beliau jumlah pengundi bertindih itu jauh lebih besar daripada mereka yang didaftarkan dalam daftar pemilih di negeri Selangor.
Beliau menegaskan, kaedah itu yang mudah dimana Umno boleh memenangi kerusi di mana mereka menggunakan mekanisma untuk memenangi kerusi jika mereka betul-betul didaftarkan dalam senarai pengundi.

Beliau menegaskan, SPR tidak dapat menolak tentang pendedahan itu dan mesti memberikan jawapan yang rasional dan tidak boleh berdolak dalik. Katanya, penipuan itu sangat serius dan menjadi tanggungjawab SPR jika Kad Pengenalan Merah boleh diserahkan kepada JPN tetapi pengundi bertindih merupakan tanggungjawab SPR sepenuhnya.
“Ini satu tanggungjawab SPR yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja, SPR mesti bertanggungjawab dan tidak boleh berdolak dalik atau menyalahkan sistem teknikal yang tidak dikemaskini,” tegasnya. Beliau menegaskan tindakan SPR itu satu kegiatan yang paling kotor di mana daftar pemilih induk amat tidak bersih dan tidak bertanggungjawab.
Kata beliau sudah tentu itu amalan biasa yang hendak dibuat sama ada dalam Pilihan raya kecil atau pilihan raya umum tahun 2008 dan PAS Selangor bersedia untuk berjumpa dengan SPR.
“Saya saya harap dilakukan segera jika tidak PAS Selangor akan mengambil tindakan laporan polis dan susulan itu dikemukakan kepada Pakatan Rakyat untuk dibawa ke Parlimen,” tegasnya. Beliau berkata dalam pertemuan dengan SPR pada 22 Julai, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjamin akan membersihkan nama-nama yang didapati bertindih dalam daftar pemilih. “SPR mesti buang nama tersebut jika tidak dilakukan maka SPR telah mengingkari persetujuan ini,” katanya.
Harakah Daily
0 comments:
Post a Comment