Pages

Followers

26.8.11

Artikel: 7 Kebiasaan Blogger Profesional

Menurut Ali Luke dalam tulisan beliau dalam ProBlogger, profesional blogging bukanlah skim cepat kaya. Umum tahu bahawa membina sebuah blog yang berjaya menghasilkan pendapatan yang lumayan mungkin mengambil masa sedikit lebih lama dari yang kamu sangkakan, namun itu semua tidak mustahil. Usaha berterusan dan tidak mengenal putus asa itu merupakan kunci utama.
Berikut merupakan tujuh sikap yang dikongsikan oleh top blogger yang saya petik dari laman ProBlogger yang ditulis oleh Ali Luke. Baca dan fahami. Adakah semua sikap tersebut telah diterapkan dalam diri kamu sebagai seorang blogger?! Jika tidak, mari mulakan untuk mengubah sikap kita...

01  BELAJAR

Kesediaan untuk belajar dan sentiasa konsisten merupakan elemen yang sangat penting untuk berjaya dalam dunia yang serba pantas ini. Seperti yang dikongsikan oleh Ali Luke sendiri, apabila beliau bertemu semakin ramai blogger yang hebat, beliau terkejut tentang betapa banyak yang telah dilaburkan oleh blogger-blogger hebat tersebut dalam proses untuk 'belajar'. Mereka menghadiri persidangan, mereka membaca ebooks dan mengikuti ecourses (kursus online), dan mereka sentiasa memastikan untuk sentiasa meningkatkan kemahiran mereka dalam dua perkara: mampu menulis dengan baik dan mahir dengan teknologi.
Langkah pertama : Menjadi 'pembaca kerap' blog hebat dan blog berkaitan penulisan blog. 3 yang dicadangkan di sini adalah: Problogger, DailyBlogTips dan CopyBlogger.
Perlaksanaan selanjutnya : Beli ebook atau ikuti ecourse yang akan membantu anda dalam penulisan blog anda seterusnya.

02  KEBERTERUSAN

Blog kamu perlu ada keberterusan. Walaupun kamu mungkin tidak menghasilkan wang yang banyak untuk bermula, namun kamu harus berusaha untuk mencukupkannya untuk dilabur pada beberapa bahan pembelajaran dan untuk menampung hosting kamu, pendaftaran domain dan kos blogging yang lain.
Kamu juga perlu bersikap realistik tentang masa yang perlu diluangkan untuk blog kamu. Tentu sekali kamu  mungkin punya tenaga untuk menulis sepanjang minggu pada awal penubuhan blog kamu, namun adakah kamu mampu menjamin untuk mengekalkan stamina menulis tersebut selepas sebulan? Banyak sekali bakal 'blogger pro' yang menyerah setelah beberapa minggu disebabkan jadual blogging mereka yang tidak berterusan.
Langkah pertama : Jika hosting kamu dan kos lain membawa kerugian kepada blog kamu, cari cara yang mudah untuk menghasilkan pendapatan dari blog kamu. Pada masa ni terdapat banyak syarikat pengiklanan yang menjadikan blog sebagai agen pengiklanan mereka dan blog tersebut turut dibayar untuk tujuan itu.
Perlaksanaan selanjutnya : Rancang pembelian besar pada awalnya seperti ecourse atau tiket persidangan. Cari cara untuk menampung semula kos tersebut menggunakan pendapatan dari blog, daripada mengeluarkan duit dari poket sendiri. Kamu boleh baca contoh bagaimana Ali Luke melakukannya.

03  KONSISTEN

Bolehkah kamu bayangkan membaca entri seperti ini di ProBlogger?
"Maaf semua, saya tahu sudah sebulan saya tidak mengemaskini blog kerana saya benar-benar sibuk..."
Tentu saja tidak! Blogger profesional sentiasa menulis (posting) secara konsisten. Sama ada ia bermakna sekali seminggu ataupun tiga kali sehari.
Menulis secara konsisten menunjukan bahawa kamu serius dengan blog kamu. Perlu ada demand and supply dalam berblog. Dengan cara ini  tentu saja akan menjadikan pembaca sentiasa mengunjungi blog kamu untuk membaca tulisan terbaru. Apabila penulisan kamu sentiasa dibaca, secara tidak langsung kamu akan menjadi kerap menulis.
Langkah pertama : Tentukan jadual yang 'masuk akal' dan berterusan untuk penulisan kamu. Ianya tidak mengapa jika itu bermaksud satu entri seminggu. Pembaca lebih suka membaca entri yang hebat sekali seminggu daripada membaca rushed post (entri yang kelam kabut) selama tujuh kali seminggu kemudian tanpa ada sebarang entri untuk sebulan.
Perlaksanaan selanjutnya : Sediakan bahan penulisan lebih awal supaya kamu mempunyai 'simpanan' semasa tempoh sibuk kamu. Kamu boleh menjadualkan entri untuk diterbitkan secara automatik pada tempoh sibuk tersebut nanti. Supaya penulisan dalam blog kamu sentiasa konsisten biarpun kamu tidak menghadap blog kamu selama sebulan.

04  DISIPLIN DIRI

Terlalu mudah untuk memikirkan alasan untuk meninggalkan meja dan blog kamu. Biarpun kamu sangat suka menulis, kamu berkemungkinan merasa sukar untuk duduk dan tetap fokus pada saat kamu sedang membuat penulisan kamu.
Oleh sebab itu, disiplin diri sangat penting buat blogger profesional. Kamu perlu mampu untuk bekerja pada blog kamu tanpa menyemak Twitter atau Facebook kamu setiap selang dua minit, dan tanpa diganggu oleh hal-hal lain yang berlaku di sekeliling kamu.
Disiplin diri tidak  bermaksud hanya duduk dan bekerja semata-mata. Ia juga bererti kamu tahu bila harus berhenti bekerja.
Langkah pertama : Di lain kali apabila kamu duduk untuk menulis bahan untuk blog, tutup segala internet browser kamu terlebih dahulu. Jangan buka sehingga kamu telah menulis selama sekurang-kurangnya 30 minit.
Perlaksanaan selanjutnya : Cari kaedah untuk meningkatkan disiplin diri kamu dengan menukarkan persekitaran kamu.
- Bawa laptop kamu ke coffee shop yang tidak mempunyai perkhidmatan wi-fi percuma.
- Bangun awal supaya kamu boleh berblog sebelum ke tempat kerja, daripada kamu berjuang untuk memotivasikan diri untuk berblog ketika pulang dari tempat kerja.
 - Block laman web yang terlalu kerap anda lawati.

05  INTERGRITI

 Perkara ini mungkin kelihatan seperti sikap yang agak aneh untuk dimasukkan dalam senarai, namun intergriti tersangat penting buat blogger profesional. Blogger terbaik yang pernah dikenali oleh penulis adalah mereka yang boleh menjadi tempat untuk kita menaruh kepercayaan. Apabila kamu membeli produk mereka, kamu yakin bahawa produk mereka berbaloi dengan apa yang kamu bayar. Kamu membeli produk yang dicadangkan dan kamu tahu bahawa mereka mencadangkannya kepada kamu bukan semata-mata untuk mendapatkan sedikit keuntungan daripadanya.
Sukar untuk menghuraikan kaitan intergriti untuk kamu dan  blog kamu. Cuma kamu boleh memikirkan perkara ini - ianya mudah untuk kehilangan kepercayaan pembaca, dan sekali kamu kehilangannya, mereka tidak akan datang semula. Lebih memburukkan keadaan apabila mereka memberi amaran kepada orang lain untuk mengelakkan diri dari kamu.
Langkah pertama : Pantikan kamu sentiasa memperlihatkan pautan affiliate. Perkara ini bukan semata-mata untuk membantu mendapatkan kepercayaan pembaca kamu, ia juga merupakan keperluan undang-undang seperti yang diaplikasikan di Amerika.
Perlaksanaan selanjutnya : Fikirkan situasi berikut. Adakah kamu akan menjalankan sponsored post pada blog kamu? Jika ya, adakah kamu akan mendedahkan statusnya? Adakah kamu akan mempromosikan produk yang kamu sendiri tidak pernah mencubanya? Jika demikian, adakah kamu boleh  membuatkan pembaca kamu lebih jelas.

06  KESOPANAN

Situasi yang mana blogger saling menyerang antara satu sama lain sama ada melalui comment threads ataupun entri blog adalah sesuatu yang biasa apabila mereka ini berbeza pendapat tentang sesuatu perkara. Ini boleh menyebabkan pembaca memberi tanggapan negatif terhadap penulis blog.
Dari kerana  itulah, kesopanan dalam berblog sangat dititikberatkan. Ertinya, berikan respon yang sopan dan menyenangkan kepada orang lain biarpun mereka telah mengatakan sesuatu yang membuatkan kamu marah. Jika blog kamu masih kecil, kesopanan juga memberi maksud membalas semua komen pembaca. Jika blog kamu terlalu besar untuk melakukan demikian, kesopanan mungkin sesuatu yang meminta kamu untuk menjelaskan pada ruangan/halaman 'About' bahawa kamu tidak dapat membalas semua komen, namun kamu menghargai segala komen mereka.
Langkah pertama : Jika kamu pernah merasa untuk menghantar komen yang bersifat marah, hentikannya. Keluar untuk mengambil udara segar sekurang-kurangnya sejam jika boleh.
Perlaksanaan selanjutnya : Pertimbangkan mempunyai polisi komen yang menggalakkan/memerlukan semua pembaca blog kamu untuk berinteraksi secara saling menghormati. Itu tidak bererti setiap orang harus bersetuju, namun mereka harus menghindarkan penggunaan bahasa  yang agresif atau posting serangan peribadi. Ingat bahawa ramai pembaca mungkin akan membaca komen tersebut.

07  PERKEMBANGAN

Akhir sekali, sebagai seorang blogger profesional, mereka tidak tinggal di tengah-tengah zon selesa  mereka. Jika mereka melakukannya, mereka tidak akan pernah sampai jauh. Mereka terus melebarkan sayap, memajukan diri sendiri, mencuba perkara-perkara baru, membawa pembaca baru, dan melancarkan produk baru.
Mengembangkan blog tidak selalunya mudah. Ada kebanyakan masa di dalam perjalanan berblog kamu akan merasa gementar untuk mengambil langkah seterusnya. Mungkin kamu tidak pernah menghantar guest post kerana kamu bimbang akan ditolak. Atau mungkin kamu tidak memulakan ebook yang telah kamu rancangkan kerana pada fikiran kamu itu semua memerlukan kerja yang banyak.
Namun setiap blogger profesional perlu menulis guest post pertama mereka, melancarkan produk pertama mereka dan menghadiri persidangan pertama mereka. Memang diyakini bahawa mereka akan berasa gementar, tiada masalah berperasaan begitu, namun apa yang penting, mereka tetap melakukannya. Dan begitulah cara mereka dan blog mereka terus berkembang.
Langkah pertama : Cuba sesuatu yang mencabar kamu seperti menghantar emel kepada blogger yang kamu kagumi atau menghantar guest post pertama kamu.
Perlaksanaan selanjutnya :Teruskan mencari cara baru untuk mengembangkan blog kamu. Itu mungkin bermakna kamu harus mencuba joint venture, mengambil ecourse, menghadiri persidangan, menulis ebook, mengupah pembantu peribadi... atau hampir apa-apa saja. Mungkin kamu akan merasa takut untuk melakukannya buat kali pertama, namun ianya akan menjadi lebih mudah pada masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment