Pages

Followers

1.8.11

Kata-Kata Aluan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam perkenalan semua sahabat. Salam Ramadhan Al-Mubarak. Hari ni hari pertama Ramadhan, hari yang mulia lagi diberkati dan semoga kita semua dilimpahi rahmat Allah SWT. Hari ni adalah hari pertama blog ni beroperasi secara rasminya setelah penat seharian saya edit layout blog ni demi memenuhi kehendak hati saya..heh.. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT dengan segala limpah rahmatNya kita berjaya melalui hari pertama ini dengan jayanya insyaallah. Semoga ibadah puasa kita semua hari ini dan hari-hari yang akan datang diterima & dipermudahkan Allah SWT, insyaallah.

Pengisian didalam blog ini adalah lebih kepada perkongsian gaya hidup Islam yang saya akan cuba kongsikan disamping perkongsian-perkongsian lain seperti dalam ekonomi, kesihatan, resepi (saya memang minat sangat memasak..hihi), teknologi, dan banyak lagi lah. Saya   berpengetahuan di dalam bidang kewangan terutama perbankan dan Insyaallah dengan sokongan anda semua blog ini akan terus 'hidup' dan memberi manfaat kepada kita semua hendaknya. Saya akan cuba update blog ni daily kerana saya memang suka sangat mengarang.
Segala sumbangan idea, artikel, komen, kritikan dan teguran amat-amat dialukan. Saya sangat open dan neutral dalam menerima semua itu kerana pada saya semua itu terdapat pengajaran yang boleh saya pelajari demi memperbaiki diri saya insyaallah. Jadi jangan malu-malu ye..saya suka sangat! Anda semua boleh menghubungi saya melalui email di: theperfectmuslim[at]yahoo.com pada bila-bila masa saja. Ok setakat ini saja, jumpa lagi. Terima kasih.  

0 comments:

Post a Comment